Thursday, 5 July 2012

Coretan Santai: Kisah di Makkah


Seusai solat isyak b’jemaah yg di imamkn oleh Sheikh Sudais di Masjidil Haram, saya pulang ke hotel penginapan yg tidak jauh dari masjid berdekatan juga dengan Masjid Kucing(yg terkenal di klngan jemaah Malaysia). Saya duduk sekejap di lobi hotel dgn prasaan pada malam itu yang pelbagai rasa. Fikiran ligat berputar mencari suatu pencerahan dan ketengan.

Masih terngiang-ngiang apa yang di bualkan oleh beberapa orang jemaah umrah yg sekali dgn saya semasa pulang dari melakukan ibadah tawaf petang tadi.

“Banyak keajaiban berlaku spanjang aku kt sini. Kau macam mana? Berapa kali dapat kucup hajarulaswad?”

Balas seorang lagi “aku dapat sekali sahaja. Itu pun setelah berasak-asak dan bertolak-tolakan. Kalau tidak , tak merasalah nampaknyeeer. Aku dengar kau dapat banyak kali. Betulkah?”

“dah rezeki aku. Bila aku bergerak je menuju hajarulaswad, macam ada je orang yang menolak ku dari belakang. Apa lagi..aku teruskan sahaja. Mudah. Aku boleh kucup berapa kali yang aku hendak”jawabnya dengan penuh rasa bangga.

  semua diam tiba2. Dalam beberapa minit kemudian si dia yang bangga dapat kucup hajarulaswad dengan banyak tadi menambah lagi “Insya-Allah, tahun depan aku akn dtg sini (Makkah) sekali lagi.”
Melihatkan gelagat diorang…saya yakin mereka adalah orang-orang kaya. Tapi saya tidak pasti apa kerja masing2. Ahli perniagaan?arkitek?jurutera?...lantaklah apa2 pon yg pasti mereka2 tu bukannya selalu ke Masjidil Haram utk berjemaah lima waktu..hanya semasa untuk menunaikan ibadah tawaf dan saei sahaja….hemmm makin kusut fikiran saya bila memikirkan pasal mereka. 

Namun perbualan tadi itu mengingatkan pengalaman sendiri semasa dtg buat umrah dua tahun sebelum tu..yang mana saya berpeluang melihat dengan mata sendiri “pergaduhan” di tepi Kaabah akibat berebut-rebut untuk mencium batu hitam itu.

Dalam hati saya tertanya-tanya, bgmna agaknya jika golongan Muhajirin dan Ansar mlihat p’lakuan umat Islam yg m’gadaikan soal ukhuwah yg wajib dijaga hnya kerna amalan sunat mencium hajarulaswad.

Teringat pula teguran Al’allamah al-Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi tentang turutan keutamaan beramal dalam kitab terkenalnya Fiqh Awlawiyyat. Beliau berkata “sangat lah tidak patut sikap umat Islam hari ini yg mengerjakan haji berkali-kalisedangkan masih ramai lagi umat Islam yg hidup dalam serba kekurangan dan ada juga Institusi Islam yg tidak kukuh akibat kekurangan dana..Inilah sptutnya yg lebih utama!” 

Malam semakin lewat…aku terus kembali ke bilik dan begitulah hari2 berikutnya saya di Makkah.

No comments:

Post a Comment